Lelaki seksi?apa itu lelaki seksi?bukan perempuwen jer seksi ka?tehehehe.. laki ada gak seksi ok.. kot? ada ke?
muahahaha.. amboi sronok.. :3 haaa.. apa itu lelaki seksi tek? lelaki ialah berlawan dgn perempuan.. manakala seksi pula berlawan dgn tidak seksi.. (tak leh blaa) xde la.. lelaki seksi adalah lelaki yang mendedahkan aurat mereka dikhalayak ramai.. o..O btol ka? cer bace cer bace kat bwh btol ke x ciri-ciri lelaki seksi..
Lelaki Cekap Memandu
Berdasarkan soal selidik, ramai juga wanita yang suka melihat kecekapan si lelaki memegang stereng sambil menukar kelajuan dengan lancar tanpa merasa kereta terhenjut akibat penukaran gear. Ditambah pula dengan sikap cool si lelaki menjadikan dia sangat seksi pada pandangan wanita. Ada wanita yang mengatakan cara lelaki menukar gear ibarat sedang melakukan seks??!! Pelik, tapi itulah fantasi seorang wanita yang kita sebagai lelaki tidak pernah pun terfikir.
Secara ringkasnya terdapat 5 gaya seksi bagi seorang lelaki yang cekap memandu:
1.Memandu kereta transmisi manual
2.Memegang stereng dengan sebelah tangan, manakala sebelah lagi memegang gear
3.Memandu dengan cool tetapi laju
4.Tidak tergopoh-gapah
5.Memandu kereta yang hebat (subjektif)
Bonus: Lelaki yang tahu membaiki kereta (tak semestinya pomen
)
Oh, kesian pula dengan lelaki yang memandu kereta transmisi automatik…(BF miss pon memandu keter otometik! bergayo jerr! >;( )
Lelaki Bekerja Keras
Kerja keras tidak semestinya mengangkat batu bata dan konkrit untuk membuat bangunan. Maksudnya lelaki yang berusaha kuat dalam kerjanya tidak kiralah kerja apa sekalipun. Lelaki yang bekerja keras dipandang sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab, komited dan rajin. Itu yang menjadikannya seorang lelaki yang seksi pada pandangan wanita. Amat jarang wanita sukakan lelaki yang pemalas dan kerja sambil lewa.
Lelaki yang bekerja keras nampak lebih selamat dan terjamin masa depan apabila hidup bersama kelak.
Lelaki Yang Lipat Lengan Baju
Sama juga dengan Lelaki Bekerja Keras di atas. Lelaki yang melipat lengan baju ke paras siku terutamanya baju kemeja dikatakan seksi kerana terserlah dirinya seorang yang komited dan serius dengan tugas. Walaupun tidak semua semua lelaki yang lipat lengan baju atas sebab komited dengan kerja, ianya membawa maksud yang sedemikian bagi pandangan seorang wanita.
Lelaki Yang Berpeluh
Bukan berpeluh kerana dirinya mudah berpeluh. Tetapi berpeluh kerana hasil kerja yang dilakukan oleh si lelaki. Peluh yang menitis dari muka (dagu) ataupun hujung jari tangan dikatakan seksi oleh golongan wanita yang menunjukkan tahap kesungguhan seorang lelaki (menggiurkan sebenarnya..). Contohnya, peluh yang keluar selepas bersukan atau berjogging di taman.
Tapi jarang wanita suka lelaki yang berpeluh satu badan dalam pakaian kerja hingga menampakkan kemeja yang basah dek peluh. Elakkannya dengan memakai baju singlet yang menyerap peluh. Sediakan juga sapu tangan kecil dalam poket seluar untuk mengesat peluh di muka. Badan mudah berbau akibat peluh? Gunalah deodorant selalu
Lelaki Yang Mempunyai Senyuman Ikhlas
Senyuman menawan dan senyuman ikhlas adalah dua jenis senyuman yang berbeza. Ada lelaki yang mempunyai senyuman menawan tetapi kurang ikhlasnya. Senyumannya hanya sekadar untuk menambat hati wanita atau senyum kerana terpaksa. Berbeza dengan senyuman yang ikhlas yang lahirnya daripada hati yang juga ikhlas. Wanita yang memandang senyuman ikhlas seorang lelaki adalah wanita yang memandang dengan pandangan hati, bukan dengan pandangan mata atau nafsu yang selalunya menipu dan melulu (petikan daripada al-Quran). Senyuman yang ikhlas adalah jauh lebih seksi
Gaya Jalan Seorang Lelaki
Ada wanita yang suka melihat gaya jalan seseorang lelaki. Gaya jalan yang macam mana tidak pula diterangkan secara detail. Mungkin gaya jalan seorang yang berkeyakinan menampakkan dirinya seorang lelaki yang seksi. Mungkin juga gaya jalan seperti seorang model peragaan. Ataupun gaya jalan seperti Nabi Muhammad s.a.w. yang selalu tunduk dan sedikit bongkok menampakkan dirinya seorang yang humble. Subjektif, tapi ini pun boleh jadi seksi pada pandangan wanita.
Lelaki Yang Suka Mengemas Rumah
Jarang ada lelaki yang suka mengemas rumah. Jika ada, sememangnya dia akan menjadi perhatian kebanyakan wanita. Tidak semestinya pandai mengemas rumah, asalkan suka mengemas supaya keadaan bersih dan tersusun sudah cukup menjadikan dirinya seorang yang seksi pada pandangan wanita.
Tips: Kemas rumah di hujung minggu dan kemudian update status di Facebook dengan ayat ringkas seperti “Sedang mengemas rumah…”. Cuba kira berapa ramai rakan-rakan perempuan yang akan komen nanti
Lelaki Yang Pandai Berjenaka
Tak perlu ulas panjang-panjang, umum mengetahui kebanyakan wanita sukakan lelaki yang ada sense of humor. Tidaklah bermakna mesti pandai berjenaka seperti Johan atau Zizan Raja Lawak. Asalkan pandai mencuit hati untuk bergelak ketawa seketika sudah memadai untuk menambat hati si dia. Bagi wanita ianya juga dikatakan seksi.
Tapi perlu diingat, jangan berjenaka hingga melampaui batas. Elakkan hal-hal yang sensitif dalam jenaka. Wanita adalah golongan yang berjiwa sensitif. Sekali terusik, susah untuk dipujuk. Berjenaka biarlah berpada dan kena pada tempatnya.
Lelaki Berpagoda dan Berkain Pelikat
Sebagaimana kita sang lelaki suka melihat wanita hanya memakai kain batik dan t-shirt atau kebarung singkat, sama halnya juga dengan golongan wanita. Ada juga yang suka melihat lelaki memakai baju pagoda dan berkain pelikat. Seksi katanya. Lebih tepat lagi ianya menunjukkan ciri-ciri seorang yang rendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk dengan apa yang dia ada. Ini pandangan daripada seorang rakan perempuan yang merupakan kaunselor sekolah menengah.
Lelaki Yang Sanggup Mencuci Tandas
Tandas yang dimaksudkan adalah tandas rumah kebiasaannya. Menurut seorang rakan perempuan, katanya lelaki yang sanggup mengemop lantai dan mencuci tandas adalah lelaki yang baik sebab salah satu cara untuk mencuci hati adalah dengan mencuci tempat-tempat yang kotor. Ada betulnya juga pandangannya. Balik rumah nanti nak cuci tandas biliklah
Oh ye, ianya juga nampak seksi mungkin kerana melihat si suami tertonggeng membersihkan tandas hehe..
Ucapan ‘Terima Kasih’ Seorang Lelaki/Suami
Dalam banyak-banyak pandangan dan pendapat yang diterima, ini adalah satu pandangan yang dirasakan paling unik daripada seorang rakan yang baru saja melahirkan seorang anak perempuan baru-baru ini. Ucapan ‘terima kasih’ daripada seorang lelaki terutamanya suami dikatakan sangat seksi walaupun terbuat kopi yang pahit selepas penat pulang dari kerja. Di mana keseksiannya? Seksinya terletak pada sikap sabar dan tenang si suami, dan juga cara menegur yang berhemah yang ditunjukkan oleh suami sebagaimana Baginda Rasulullah s.a.w. menegur Siti Aisyah r.a. yang terbuat masakan masin untuk diberikan kepada Baginda.
Ucapan ‘terima kasih’ sangat ringkas bunyinya tapi sangat berat untuk diucapkan bagi kebanyakan orang terutamanya si suami kepada isterinya (BETOL BETOL! *ala2 dah kawen*). Harapnya kita sebagai suami boleh berubah menjadi suami yang lebih baik bermula dengan ucapan ‘terima kasih’ yang ikhlas, insyaAllah.
So korang dah dpt mejin laki seksi x?wakakaka.. dlm mejin miss.. mok tgk salah satu contoh?ohohoho..
awww! ini adalah Song Seung Heon! why miss letak gambanya?dier mengenangkan miss kpd seseorg..
teheks!
(bahaya2!)
Sekian2 lelaki seksi~
hohoho